Sunday, October 25, 2009

Strategi & panduan menjawab soalan PAI PMR & SPM

Panduan strategi & teknik menjawab soalan PMR & SPM Pendidikan Islam

1. Baca dan faham kehendak soalan.
2. Tidak perlu menjawab dalam bentuk esei. Jawab dalam bentuk “point”.
3. Setiap jawapan perlu kepada “Kepala jawapan” ( Muqaddimah Jawaban ) atau salin semula soalan. Ini adalah untuk mudah menyemak jawapan dan dimuktamadkan.
4. Tulisan kemas dan boleh dibaca.
5. Jawab semua soalan yang ditanya.
6. Banyakkan berselawat dan bertawakal kepada Allah.
7. Soalan perbandingan @ perbezaan – buat jadual perbandingan atau apa cara yang boleh menampakkan perbezaan.
8. Jawaban untuk soalan hukum dan alasan :
- Gunakan istilah berikut sahaja :
- Wajib, Sunat, Haram, Makruh, Harus, Sah dan Batal atau Tidak Sah.
- Hukum betul Alasan betul – Markah Penuh.
- Hukum betul Alasan salah – Markah Hukum.
- Hukum salah Alasan betul – tiada markah.
- Hukum salah Alasan salah – tiada markah.

9. Soalan istilah – hanya perlu kemukakan istilah yang tepat sahaja.
10. Berikan jawaban lebih dari kehendak soalan. Jika soalan minta dua isi, anda berikan empat isi.
11. Hafaz ayat kunci jawaban yang sama seperti : Kesan/Akibat, Sebab berlaku/Punca, Faktor/Langkah mengatasi, Hikmat Keimanan, Sifat Peribadi Tokoh. ( Rujuk edaran ).

Ayat-ayat kunci jawaban :

1. KESAN / AKIBAT :

POSITIF :

a. Umat Islam bertambah kuat.
b. Negara menjadi maju.
c. Mengukuhkan hubungan silatulrahmi.
d. Diredai oleh Allah.
e. Ditambahkan nikmat dan rezeki oleh Allah.
f. Suasana keluarga / masyarakat / negara menjadi aman dan tenteram.
g. Disukai oleh masyarakat.
h. Taraf hidup semakin meningkat.

Ayat-ayat kunci jawaban :

2. KESAN / AKIBAT :

NEGATIF :

a. Berlaku permusuhan/pergaduhan.
b. Keluarga/masyarakat kucar-kacir.
c. Memutuskan silatulrahmi.
d. Umat Islam mundur.
e. Hina maruah diri / keluarga / agama.
f. Negara tidak akan maju.
g. Akan mendapat azab dari Allah.
h. Dibenci oleh Allah.
i. Dibenci oleh masyarakat.

Ayat-ayat kunci jawaban :

3. SEBAB BERLAKU / PUNCA :

POSITIF :

a. Pengetahuan agama yang tinggi dan mendalam.
b. Pengaruh luar yang positif.
c. Dapat mengawal hawa nafsu.
d. Iman yang kukuh.
e. Sering melakukan amal ibadah.
f. Memperbanyakkan doa kepada Allah.
g. Sering bertaubat di atas dosa yang dilakukan.
h. Mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
i. Sentiasa mengamalkan akhlak mulia.
Ayat-ayat kunci jawaban :

4. SEBAB BERLAKU / PUNCA :

NEGATIF :

a. Kurang didikan agama.
b. Tipis iman.
c. Pengaruh luar yang negatif.
d. Faktor kemiskinan.
e. Pengaruh hawa nafsu.
f. Sering melakukan maksiat.
g. Tidak melakukan amal ibadah.
h. Meninggalkan solat fardhu.
i. Berakhlak buruk.
j. Tidak ingat/Tidak takut kepada Allah.

Ayat-ayat kunci jawaban :

5. FAKTOR / LANGKAH MENGATASI :

a. Memberikan didikan agama.
b. Memperbanyakkan amal ibadah.
c. Memperbanyakkan amal kebajikan dan kebaikan.
d. Memberi nasihat dan kesedaran.
e. Menguatkuasakan undang-undang Islam.
f. Mengawal hawa nafsu.
g. Mengawal pergaulan antara lelaki dan perempuan.
h. Mengawal pergaulan dengan rakan-rakan.
i. Meningkatkan taraf hidup.
j. Menambahkan ilmu pengetahuan yang berguna.
k. Mewujudkan masyarakat harmonis dan bertoleransi.






Ayat-ayat kunci jawaban :

6. HIKMAT KEIMANAN :

A. KEPADA DIRI :
· Mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
· Bertambah ketaatan, keimanan & ketakwaan kepada Allah.
· Terdorong melakukan kebaikan & menjauhi kemungkaran.
· Memperolehi ketentangan hidup.
· Sentiasa melakukan amal ibadah.
· Sentiasa berakhlak mulia.

B. KEPADA KELUARGA :
· Dapat membina keluarga bahagia.
· Menyemai perasaan menyayangi ahli keluarga.
· Nasihat-menasihati ke arah kebaikan & kebenaran.

C. KEPADA MASYARAKAT :
· Masyarakat aman dan makmur.
· Amar Makruf Nahi Munkar berlaku.
· Selamat dan terhindar dari pelbagai gejala sosial.
· Lahir masyarakat yang maju dan berwawasan.

Ayat-ayat kunci jawaban :

7. SIFAT PERIBADI TOKOH :

Kemukakan semua sifat-sifat yang mulia ( mahmudah ) contohnya :

a. Alim dan kuat beribadah.
b. Warak, zuhud.
c. Seorang yang dinamis, berdikari dan dedikasi dalam mencapai kejayaan.
d. Tabah, sabar, cekal dan semangat waja.
e. Tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas.
f. Amanah, jujur dan bertanggungjawab.
g. Baik hati, pemurah dan dermawan membantu golongan susah.
h. Memiliki semangat jihad yang tinggi.

No comments:

Post a Comment