Saya seorang guru.Saya bersyukur kerana berada di sebuah sekolah yang bagus, rakan sekerja sehati sejiwa, pentadbir yang cemerlang, para pelajar yang sporting dan berusaha keras mengubah nasib diri dan keluarga. Semua ini menjadikan saya lebih tabah menghadapi kehidupan dan menguatkan keazaman saya untuk lebih berjaya. Satu prinsip yang ingin saya kongsi bersama ialah jika kita seorang yang berjaya, biarlah kejayaan itu dikongsi bersama orang lain. Sekurang-kurangnya kita dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan setiap masa walau di mana jua kita berada.Bukan mengharapkan balasan, tapi balasan pastinya ada. Jika bukan di dunia, di akhirat nanti pastinya ada. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment