Friday, October 30, 2009

Patin Lawang 7kh di 'pongko' Salong


Hehehe... satu ari tu kan... lepas balik skolah, rodong koi namanya Tan Gani tipon koi ajak g mancing patin. Koi gi ler... tungu x lama pun... patin memang nak mati agaknya... tarik punya tarik naik la Ptin lawang. Gegas koi bwak balik cari penimbang. 7.2kg. Jomla gi mancing. Tan ni ada abang yang ada kedai mancing sebelah Restoran Zaman. Murah. Ada diskaun.

Monday, October 26, 2009


Masa cuti sekolah, saya luangkan masa untuk memancing ikan dan udang di kampung. Bestnya ialah kampung saya di tebing Sungai Pahang. So, tiada masalah nak turun sungai. Ikan ada, udang pun banyak. tapi kenalah tau cara dan waktu serta 'port' bagus untuk spesis tu.... kekekek... jangan jeles!!!

Ini anak saya yang pertama. Namanya Aufa Syakira. Umurnya 7 tahun. Sekarang darjah 1. Kami panggil dia Kak Long. Manja, kuat main, suka tengok katun dan mewarna. Setiap kali pergi pasaraya, mesti beli set colour baru... bukan sebab abis warnanya, tapi hilang kena buang dek adik dia... ceh

Lawatan sekolah



Tahun lepas, saya dan beberapa guru sekolah menemani kumpulan pelajar yang baru menduduki PMR melawat Melaka Bandaraya Bersejarah dan Putrajaya. Best jugak bila pergi beramai-ramai. Pergilah melancong... negara kita kaya dengan tempat-tempat yang menarik!!



Sunday, October 25, 2009

Siri Fadhilat Al-Quran - Keistimewaan ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Siri Kisah Teladan - Quran Pembela

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Strategi & panduan menjawab soalan PAI PMR & SPM

Panduan strategi & teknik menjawab soalan PMR & SPM Pendidikan Islam

1. Baca dan faham kehendak soalan.
2. Tidak perlu menjawab dalam bentuk esei. Jawab dalam bentuk “point”.
3. Setiap jawapan perlu kepada “Kepala jawapan” ( Muqaddimah Jawaban ) atau salin semula soalan. Ini adalah untuk mudah menyemak jawapan dan dimuktamadkan.
4. Tulisan kemas dan boleh dibaca.
5. Jawab semua soalan yang ditanya.
6. Banyakkan berselawat dan bertawakal kepada Allah.
7. Soalan perbandingan @ perbezaan – buat jadual perbandingan atau apa cara yang boleh menampakkan perbezaan.
8. Jawaban untuk soalan hukum dan alasan :
- Gunakan istilah berikut sahaja :
- Wajib, Sunat, Haram, Makruh, Harus, Sah dan Batal atau Tidak Sah.
- Hukum betul Alasan betul – Markah Penuh.
- Hukum betul Alasan salah – Markah Hukum.
- Hukum salah Alasan betul – tiada markah.
- Hukum salah Alasan salah – tiada markah.

9. Soalan istilah – hanya perlu kemukakan istilah yang tepat sahaja.
10. Berikan jawaban lebih dari kehendak soalan. Jika soalan minta dua isi, anda berikan empat isi.
11. Hafaz ayat kunci jawaban yang sama seperti : Kesan/Akibat, Sebab berlaku/Punca, Faktor/Langkah mengatasi, Hikmat Keimanan, Sifat Peribadi Tokoh. ( Rujuk edaran ).

Ayat-ayat kunci jawaban :

1. KESAN / AKIBAT :

POSITIF :

a. Umat Islam bertambah kuat.
b. Negara menjadi maju.
c. Mengukuhkan hubungan silatulrahmi.
d. Diredai oleh Allah.
e. Ditambahkan nikmat dan rezeki oleh Allah.
f. Suasana keluarga / masyarakat / negara menjadi aman dan tenteram.
g. Disukai oleh masyarakat.
h. Taraf hidup semakin meningkat.

Ayat-ayat kunci jawaban :

2. KESAN / AKIBAT :

NEGATIF :

a. Berlaku permusuhan/pergaduhan.
b. Keluarga/masyarakat kucar-kacir.
c. Memutuskan silatulrahmi.
d. Umat Islam mundur.
e. Hina maruah diri / keluarga / agama.
f. Negara tidak akan maju.
g. Akan mendapat azab dari Allah.
h. Dibenci oleh Allah.
i. Dibenci oleh masyarakat.

Ayat-ayat kunci jawaban :

3. SEBAB BERLAKU / PUNCA :

POSITIF :

a. Pengetahuan agama yang tinggi dan mendalam.
b. Pengaruh luar yang positif.
c. Dapat mengawal hawa nafsu.
d. Iman yang kukuh.
e. Sering melakukan amal ibadah.
f. Memperbanyakkan doa kepada Allah.
g. Sering bertaubat di atas dosa yang dilakukan.
h. Mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
i. Sentiasa mengamalkan akhlak mulia.
Ayat-ayat kunci jawaban :

4. SEBAB BERLAKU / PUNCA :

NEGATIF :

a. Kurang didikan agama.
b. Tipis iman.
c. Pengaruh luar yang negatif.
d. Faktor kemiskinan.
e. Pengaruh hawa nafsu.
f. Sering melakukan maksiat.
g. Tidak melakukan amal ibadah.
h. Meninggalkan solat fardhu.
i. Berakhlak buruk.
j. Tidak ingat/Tidak takut kepada Allah.

Ayat-ayat kunci jawaban :

5. FAKTOR / LANGKAH MENGATASI :

a. Memberikan didikan agama.
b. Memperbanyakkan amal ibadah.
c. Memperbanyakkan amal kebajikan dan kebaikan.
d. Memberi nasihat dan kesedaran.
e. Menguatkuasakan undang-undang Islam.
f. Mengawal hawa nafsu.
g. Mengawal pergaulan antara lelaki dan perempuan.
h. Mengawal pergaulan dengan rakan-rakan.
i. Meningkatkan taraf hidup.
j. Menambahkan ilmu pengetahuan yang berguna.
k. Mewujudkan masyarakat harmonis dan bertoleransi.






Ayat-ayat kunci jawaban :

6. HIKMAT KEIMANAN :

A. KEPADA DIRI :
· Mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
· Bertambah ketaatan, keimanan & ketakwaan kepada Allah.
· Terdorong melakukan kebaikan & menjauhi kemungkaran.
· Memperolehi ketentangan hidup.
· Sentiasa melakukan amal ibadah.
· Sentiasa berakhlak mulia.

B. KEPADA KELUARGA :
· Dapat membina keluarga bahagia.
· Menyemai perasaan menyayangi ahli keluarga.
· Nasihat-menasihati ke arah kebaikan & kebenaran.

C. KEPADA MASYARAKAT :
· Masyarakat aman dan makmur.
· Amar Makruf Nahi Munkar berlaku.
· Selamat dan terhindar dari pelbagai gejala sosial.
· Lahir masyarakat yang maju dan berwawasan.

Ayat-ayat kunci jawaban :

7. SIFAT PERIBADI TOKOH :

Kemukakan semua sifat-sifat yang mulia ( mahmudah ) contohnya :

a. Alim dan kuat beribadah.
b. Warak, zuhud.
c. Seorang yang dinamis, berdikari dan dedikasi dalam mencapai kejayaan.
d. Tabah, sabar, cekal dan semangat waja.
e. Tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas.
f. Amanah, jujur dan bertanggungjawab.
g. Baik hati, pemurah dan dermawan membantu golongan susah.
h. Memiliki semangat jihad yang tinggi.

Calon SPM bagi subjek P.A.I - Tindakan mengelakkan gagal dalam PAI

TINDAKAN SEGERA MENANGANI MASALAH GAGAL DALAM PENDIDIKAN ISLAM SPM

Langkah-langkah untuk score dalam soalan objektif dan struktur

1. Memperbanyakkan latihan item objektif bagi setiap topik Ulum Syariah
2. Kebiasaanya, kedudukan A, B, C dan D adalah seimbang bilangan soalannya. Oleh itu, 20 soalan dibahagikan 4 = 5 soalan akan memiliki jawapan pada angka yang sama. Jikan anda menjawab semua soalan dengan jawapan A, akan akan mendapat minima 5 markah bagi soalan objektif. Oleh itu, pastikan jawapan anda seimbang.
3. soalan struktur, anda perlu mahir istilah, definasi dan nama-nama serta pengertiannya.

KERTAS 1

1. Beri tumpuan kepada bahagian akidah, ibadat, Tamadun dan tokoh sahaja.
2. Bahagian tokoh: tumpuan kepada jasa dan sumbangan serta pengajaran dari tokoh tersebut.

KERTAS 2
1. ayat hafazan dan kefahaman – tumpuan kepada pengertian dan pengajaran ayat
2. kemahiran jawi – perlu banyak membaca dan menulis jawi dengan merujuk panduan jawi. Markah sama seperti membariskan ayat
3. ayat hafazan – buat latih tubi dan hukum tajwid, membariskan ayat, isi tempat kosong dan susun ayat.

PERINGATAN

1. Perbanyakkan latih tubi semua tajuk tanpa membuat sebarang ramalan

CARA MENJAWAB DENGAN BAIK

1. baca soalan dengan tenang, cermat
2. Fahami kehendak soalan. Tandakan pada perkataan dalam soalan yang memerlukan tumpuan sepenuhnya anda.
3. Rangka jawapan ringkas di tepi soalan
4. Tulis nombor soalan
5. Tulis pembayang/pembuka jawapan atau salin semua soalan
6. Jawapan kemas, jelas, ringkas dan padat
7. Jawapan dalam bentuk point – jangan buat esei
8. Buat nombor pada jawapan. Jangan buat simbol
9. Beri jawapan lebih dari yang diminta
10. langkau beberapa baris jawapan terakir dengan soalan berikutnya
11. Soalan perbandingan – mesti berlawanan
12. Soalan hukum – senaraikan 7 hukum di tepi kertas soalan sebagai rujukan. Boleh dan tidak boleh bukannya hukum
13. Awasi kesilapan mudah:
a. Tidak cermat membaca soalan
b. Menulis jawapan melebihi garisan yang dibenarkan
c. Menulis beberapa jawapan dalam satu ayat/perenggan/baris.
d. Menulis jawapan yang sama maksud.

Selamat Datang

Salam pada semua!!!
Blog ini untuk semua. Apa yang saya hasratkan ialah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua blogger dan mencari keredhaan Allah setiap masa walau di mana jua berada.]
Enjoy Your Self